Selasa, 28 Ogos 2012

Talqin yang selalu dibaca untuk orang Islam yang meninggal dunia

Semasa membaca, sebut-sebutlah nama sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..”

Jumaat, 17 Ogos 2012

 
Salam Lebaran buat semua, rasanya tak awal sangatkan nak ucap Selamat Hari Raya, mohon maaf andai ada salah dan silap..InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 19hb Ogos 2012.. pada hari Ahad.. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin buat semua sahabat-sahabat dan kenalan Blog & Facebook .

Tak lupa juga kepada seluruh ahli keluarga saya dan saudara mara yang banyak dan selalu menasihati supaya melakukan kebaikkan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Kalau kita anggap kitalah kaya, ada yang lebih kaya dari kita, kalau kita anggap kita nie susah, ada yang lebih susah dari kita. Nie kata-kata suami saya taw. Tiap-tiap hari saya ingat..hehe. Sebab tue saya bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan sekarang.

Bersegeralah kita mencari keberkatan semasa merayakan Aidilfitri dan tidak mencemari hari yang mulia ini dengan amalan yang bertentangan dengan hukum syara’. Marilah kita sama-sama meraikan Hari Raya yang akan menjelang ini mengikut apa yang diajarkan oleh Agama Islam, bertasbih, bertakbir, bersyukur, maaf-bermaafan, ziarah menziarahi dan sebagainya, mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan berkat dari ALLAH SWT pada hari tersebut.

... Dan masa kita bergembira, janganlah dilupakan umat Islam yang kurang bernasib baik di seluruh dunia, banyakkan menginsafi sirah Rasulullah SAW semasa Ramadhan dan Syawal. Bersama-samalah kita berdoa agar ibadah puasa kita diterima oleh ALLAH SWT, agar madrasah Ramadhan dapat membentuk kita menjadi yang terbaik, diberi rezeki untuk bertemu lagi di Ramadhan pada tahun yang akan datang dan diselamatkan perjalanan pergi dan balik kekampung masing-masing Insya ALLAH...

Di kesempatan ini, dipohon kemaafan diatas keterlanjuran, kesilapan, ket
idaksedaran dalam perbuatan dan kata-kata yang bisa membuatkan ada terkecil hati. Semoga kita dapat merayakan Hari Raya pada tahun ini dengan penuh kesyukuran dan ketenangan bersama keluarga,sanak saudara,Sahabat-sahabat...Insya ALLAH..
 
Andai tangan tak kuasa berjabat,
Setidaknya kata masih dapat diucap,
Tulus hati memohon maaf,
Atas segala dosa dan khilaf.

Salam Aidilfitiri buat semua,
Pada syawal bulan yang mulia,
Semoga diri kekal bahagia,
Bersama kita meraikannya.
 
Minal Aidin Walfaizin
Mohon maaf lahir dan bathin


Jumaat, 10 Ogos 2012

Menjaga Tutur Kata ketika berpuasa

Menjauhi percakapan dan perkataan keji, kotor dan lucah serta menjauhi menipu, mengumpat, berkata karut dan sia-sia.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah – sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lagi: “Sesiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak menerima puasanya.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, bahawa orang yang berpuasa dan menjaga tutur-katanya itu pada hari kiamat kelak bau mulutnya akan lebih harum dari bau kasturi.

Memelihara Kesemua Anggota Badan ketika berpuasa:

Selain daripada menjaga pancaindera seperti lidahnya dari mencarut, berdusta dan mengumpat, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga menyeru kita memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syara’.

Dengan berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia, akan menjadikan ibadah puasa lebih ikhlas dan sempurna. Tidaklah membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, hanya memenatkan diri dengan berlapar dan merosakkan pahala puasa.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” (Hadis Riwayat An-Nasaei)

Khamis, 9 Ogos 2012

Bulan Ramadhan Penuh Masjid, Bulan Lain...? - Ustaz Azhar Idrus

Memperbanyak Istighfar Pada Malam Terakhir Ramadhan

Lipat gandakanlah istighfar dan taubat pada malam-malam terakhir Ramadhan.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Pada bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan pada seorang Nabi pun sebelumku. Pertama, bila datang setiap awal Ramadhan, Allah melihat mereka. Sesiapa dilihat Allah, maka selamanya tidak akan disentuh azab. Kedua, bau mulut mereka pada siang hari disisi Allah lebih harum dari aroma minyak kasturi. Ketiga, para malaikat memohonkan keampunan baginya setiap siang dan malam. Keempat, Allah menyuruh surga-Nya dengan firman-Nya : “Bersiap-siaplah dan hiasilah dirimu untuk hamba-hamba-Ku. Kamu telah hampir waktu beristirehat dari keletihan hidup di dunia dan kembali ke tempat-Ku dan rahmat-Ku.” Kelima, bila telah tiba akhir Ramadhan, Allah mengampuni dosa-dosa mereka semua.” (Hadis Riwayat Ahmad, Baihaqi dan Al-Bazzar)
Mempergiatkan Amalan Pada Malam 10 Terakhir Ramadhan

Berusaha beramal bagi meraih keistimewaan ‘Lailatul Qadar’ pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil iaitu malam 21,23,25,27 atau 29. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah .

Dalam Surah al-Dukhan, ayat 2, Allah S.W.T telah berfirman: “Sesungguhnya Kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” dan firman-Nya lagi dalam Surah al-Qadr, ayat 1 hingga 3: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Dalam hadis lain, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rabu, 8 Ogos 2012

Kelebihan Ziarah Kubur Nabi

Ziarah Kubur Nabi adalah salah satu ibadat yg sangat besar..

Dalil disunatkan menziarahi kubur Nabi:-

1. Firman Allah:
((ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاؤك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما))
Maksudnya: Dan kalaulah mereka melakukan kezaliman trhadap dr mereka dgn membuat dosa; mereka datang berjumpa dngnmu(Muhammad) lalu mereka meminta ampun pd Allah; serta Rasul meminta ampun utk dosa2 mereka; nescaya mereka akan dapati Allah itu maha menerima taubat dan maha pengasih.(An-Nisa: 64)

2. Hadis Nabi:
(من زار قبري وجبت له شفاعتي)
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku. (HR Dar Qutni)

3. Hadis Nabi:
(من زارني في المدينة محتسبا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة)
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahiku di mAdinah dgn mengharapkan pahala; maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untk membelanya pd hari kiamat.(HR Baihaqi).

4. Hadis Nabi:
(من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي)
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)

5. Ijmak ulama.
Qadi ‘Iyad berkata: Ziarah kubur Nabi s.a.w adalah satu sunat dr perkara yg sunat pd org Islam yg telah disepakati oleh pr ulama.

Kejadian2 luar biasa ketika menziarahi Maqam Nabi:-

1. Imam Ibnu al-Jala berkata: Aku masuk ke makam Nabi dlm keadaan aku kesusahan. maka aku mendekati makam Nabi s.a.w, seraya aku berkata: “Daku adlh tamumu” maka aku terlelap dan melihat Nabi s.a.w memberiku sekeping roti. Lalu aku memakan setengahnya. Bila aku terjaga, aku dapati ada setengah keping roti ditanganku.

2. Ibnul Muqri berkata: Aku bersama Tabrani dan Abu syeikh berada di Madinah dlm keadaan kami kesulitan hingga menyebabkan kami menyambung puasa kami shingga ke malam. Apabila sampai waktu Isya kamu menghampiri Makam Nabi dan aku berkata dlm keadaan mengharap: Hai Rasulallah..lapar…
Maka Tabrani berkata pd ku: “Duduklah sama ada kita mati atau datang rezki.” Lalu aku dan Abu syeikh tidor, sementara Tabrani duduk menunggu jika ade rezki.
Maka datng seseorang bersama 2 org hamba yg membawa dua bakul yg berisi banyak makanan. Lelaki tu berkata “Kamu telah mengadu kesusahan pd Nabi; dan aku bermimpi jumpa Nabi menyuruhku spya membawa rezki pada kamu.”

Selasa, 7 Ogos 2012

‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’

Saudara-saudaraku…

Dalam satu hadith, Nabi s.a.w bersabda :

Ramai yang menyangka ketawa dapat menenangkan perasaan dan sentiasa menampakkan keceriaan pada seseorang, tetapi hakikatnya banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. “Hati” tidak berfungsi lagi.

Rasulullah melarang umatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu!

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara saja tetapi di akhirat berpanjangan, kekal abadi. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini, cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”

Saidina Ali sentiasa mengeluh ‘….jauhnya perjalanan … sedikitnya bekalan ….’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun dia merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi s.a.w bersabda ;”Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.” Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”

“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (Bukhari dan Muslim)

Wallahu a’lam..